Datuk Dr Zulkapli Mohamed kini dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa hari ini, 27 Februari 2023.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan tersebut telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.